Tuesday, March 13, 2012

Universiti Islam Antarabangsa Jodoh Saya

Versi Bahasa Melayu:

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sudahpun diumumkan. Harapnya, masih tidak terlewat untuk saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang cemerlang. Syabas! Anda berhak menerimanya kerana anda senantiasa sedar bahawa ‘Usaha tangga kejayaan.’ Sekiranya gagal, usahlah berputus asa tetapi usaha lagi!

Di kala ruangan ini dikarang, saya tidak sesekali meletakkan sasaran pembacanya yang dituju khas buat lepasan STPM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja, bahkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma, asasi dan kolej matrikulasi amatlah dialu-alukan. Saya berbesar hati mempelawa anda meluangkan sedikit masa emas dengan membaca isi hati saya yang tidak seberapa nilainya ini.

Siapa mampu menduga? Berkemungkinan besar ruangan ini dapat mengubah persepsi anda setelah selesai membacanya sekejap sahaja lagi. Seandainya institusi pengajian tinggi awam terbaik ialah apa yang sedang anda tercari-cari, membaca ruangan ini barangkali dapat membantu menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Ayuh!

Sebelum itu, apa kata, luangkan masa anda seketika dengan menonton video korporat UIAM ini. Barulah syok sikit nak baca kan?

VIDEO KORPORAT UIAM

KAMPUS GOMBAK DI PINGGIRAN IBU KOTA











U-I-A. Siapa tak kenal UIA? Jika anda seorang dewasa berstatus warganegara Malaysia, anda harus tahu apa itu UIA atau UIAM. Sekurang-kurangnya, seorang pemandu teksi di sekitar Lembah Kelang cukup kenal bahawa ianya ialah singkatan nama sebuah universiti terkemuka yang wujud di daerah Gombak, Selangor.

UIA atau UIAM kedua-duanya ialah singkatan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Golongan mahasiswa antarabangsa lebih mesra mengenalinya dengan singkatan IIU atau IIUM yang diterjemahkan International Islamic University Malaysia dalam Bahasa Inggeris.

UIA merupakan salah sebuah universiti awam yang cukup berprestij dan disegani di negara Malaysia. Ia ditubuhkan dengan kerjasama lapan buah negara OIC (Organization of the Islamic Conference) termasuklah Pakistan, Malaysia, Maldives, Egypt, Turki, Arab Saudi, Bangladesh dan Libya. Keistimewaan ini tidak dapat dikongsi oleh mana-mana universiti awam di Malaysia. Bertuahnya UIA!

MENGAPA UIAM MENJADI PILIHAN SAYA?

Bertaraf antarabangsa dan berkonsepkan Islam. Itulah salah satu ciri ekslusif yang agak payah untuk dilihat pada 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain. Sudah tentu, memang ada pelajar asing yang juga menuntut di universiti-universiti terkemuka yang lain. Tidak dinafikan, UIA sangat terkenal dan mendahului jumlah para pelajar antarabangsanya. Statistik kemasukan pelajar antarabangsa ke IPTA dari tahun 2002 hingga 2007 telah membuktikannya! Dah bermacam-macam rupa dan warna kulit yang ada kat UIA sekarang. Dari sehitam tahi lalat hinggalah seputih salji.

Berdasarkan statistik, jumlah pelajar asing yang mendaftar di UIA adalah yang tertinggi. Jumlah pelajar asing yang mendaftar di UIA pada tahun 2007 sahaja mencecah seramai 3, 353 orang. Sekiranya perbandingan keseluruhan dibuat, ini menampakkan lagi jurang perbezaan yang cukup ketara sekali antara UIA dengan IPTA yang lain! 

Universiti tertua di negara kita, Universiti Malaya (UM) hanya berjaya menarik seramai 2,242 orang pelajar asing pada tahun yang sama. Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatatkan seramai 2,178 orang, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan 2,018 orang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan 1,490, Universiti Sains Malaysia (USM), satu-satunya IPTA bertaraf Apex University hanya mencatat jumlah seramai 1,422. Nampaknya, terbukti UIA telah menjadi pilihan utama pelajar asing untuk melanjutkan pengajian mereka. Tahniah UIA!

Hakikatnya, UIA meletakkan kuota pengambilan pelajar antarabangsa saban tahun sebanyak 30%. Tidak hairanlah apabila UIA dikatakan mempunyai pelajar asing paling ramai berbanding IPTA yang lain. Mari kita teliti pula statistik kemasukan pelajar asing pada tahun 2002, enam tahun sebelumnya. Jumlah pelajar asing yang berdaftar di UIA hanya mencecah 1,838 orang. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, UIA masih mendahului IPTA yang lain di mana kesemua jumlah kemasukan pelajar asing masing-masing di bawah angka 100.

Maaf, saya sendiri tiada informasi berkenaan statistik terkini jumlah pelajar asing yang menuntut di UIA. Pada tahun 2007, ketika minggu orientasi dijalankan (Dibahasakan ‘Taaruf’ di sini), kami dimaklumkan bahawa UIA telah berjaya menarik pelajar asing dari 106 buah negara untuk mendaftar sebagai mahasiswa di universiti ini. Lebih mengejutkan lagi, pada tahun lepas, 2011, info terkini yang saya peroleh dari sumber yang sahih menyatakan bahawa jumlah tersebut telah meningkat secara mendadak dan sudahpun mencecah 140 buah negara. Sekali lagi, syabas UIA!

Bayangkan, hanya dalam jangka masa kurang dari 5 tahun, UIA dengan jayanya telah menarik sebanyak 66 buah negara luar dari seantero benua di dunia!!! Rekod yang begitu cemerlang sekali! Dengan ini, saya yakin, jumlah ini akan kian bertambah dari masa ke semasa. Ini akan menjadikan UIA lebih ‘antarabangsa’ dari sekarang, Insha-ALLAH.

Meskipun UIA bukanlah sebuah universiti penyelidikan (Kini sedang menjurus ke arah status tersebut) dan bukan jua Apex University yang dibangga-banggakan, namun universiti ini telah pun membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia hari ini akan keistimewaannya tersendiri yang mendorong beribu pelajar asing untuk memilih UIA sebagai tempat pengajian tinggi. Apatah lagi UIA pun masih muda dan baru mencecah 27 tahun usianya.

SALAH FAHAM YANG WUJUD

Agak kecewa dan terkilan apabila saya sendiri terdengar gosip yang mengatakan semua kos di UIA cuma ditawarkan kepada pelajar Muslim sahaja. Walhal, ini tidak benar sama sekali! UIA turut menerima baik pelajar bukan Islam. Segelintir rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, India dan kaum bumiputera yang lain pun menuntut di universiti terkemuka ini. Apatah lagi saya sendiri pernah sekelas dengan mereka! Perbezaan pegangan agama bukanlah penghalang untuk mereka memohon dan menjadi sebahagian daripada warga kampus UIA.

MASJID UIA SEBAGAI PUSAT KOMUNITI SISWA

Lokasi strategik masjid empat tingkat bernama Masjid Sultan Ahmad Shah yang betul-betul lokasinya di pusat universiti secara tidak langsung menceritakan seribu keunikan universiti bertaraf antarabangsa itu. Seolah-olah anda berada di sebuah negara asing terutamanya ketika menunaikan solat Jumaat berjemaah pada hari penghulu segala hari.



Oh ya, pelajar dari Universiti Kuala Lumpur, SMK Sungai Pusu dan International Islamic School juga adalah antara berpuluh ribu jemaah yang sering hadir menunaikan rukun Islam kedua itu di kampus UIA setiap minggu.

PENYAMPAIAN KHUTBAH JUMAAT DALAM TRIBAHASA

Harus diketahui bahawa khutbah Jumaat di kampus ini disampaikan dalam dwibahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Untuk pengetahuan anda, Bahasa Inggeris merupakan lingua franca (bahasa pengantar) universiti manakala Bahasa Arab pula ialah bahasa kedua universiti. Bahasa Kebangsaan kadang-kala digunakan dalam penyampaian khutbah tetapi tidaklah sekerap Bahasa Inggeris dan Arab.

Secara amnya, jika khutbah pertama disampaikan dalam Bahasa Inggeris, khutbah keduanya pula dalam Bahasa Arab. Jika khutbah pertama disampaikan dalam Bahasa Jannah itu, khutbah berikutnya barangkali dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris. Tiga bahasa utama ini digunakan secara bersilih ganti saban minggu.

MAHALLAH ZUBAIR AL-AWWAM ASRAMA LELAKI TERCANTIK


Sekiranya anda berpeluang menginap dan bermalam di Mahallah (Asrama) Zubbair Al-Awwam, pilihlah bilik di tingkat 4 yang menghala ke arah Banjaran Titiwangsa yang sentiasa menghijau dengan bukit-bukau dan gunung-ganang. Pasti mencuit kalbu akan keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa! Pada waktu malam pula, anda akan disajikan dengan permandangan yang begitu mengagumkan berlatarkan City of Entertainment, Tanah Tinggi Genting atau Genting Highland. Seolah-olah anda sedang menyaksikan sebuah kota terapung di awangan.

Tanah Tinggi Genting


KEUNIKAN SENIBINA KAMPUS

Senibina setiap bangunan dan fakulti di kampus kelihatan sungguh gah dengan atap berwarna biru turquoise. Senibina ini tentu sekali tidak boleh ditandingi oleh mana-mana IPTA yang lain yang lebih bercorakkan senibina moden dan kontemporari. Tahukah anda? Saya sudah mula jatuh cinta dengan UIA pada pandangan pertama.

SEBUAH UNIVERSITI MESRA PEJALAN KAKI

UIAM adalah antara universiti mesra pejalan kaki dan inilah jawapan kenapa setiap fakulti dibina begitu hampir antara satu sama lain. Dengan harapan agar ukhwah dan silaturahim akan makin kukuh dan teguh di antara para mahasiswa, mahasiswi, pensyarah serta kakitangan universiti. Ini menjadikan UIA lebih unik berbanding IPTA yang lain. Bas universiti turut berfungsi sebagai kemudahan pengangkutan disediakan untuk mahasiswi memandangkan sebilangan asrama perempuan lokasinya agak jauh.

MASAKAN MEDITERRANEAN

Soal makanan tidak perlu menjadi persoalan terutamanya buat pelajar asing. Bukan sahaja masakan tempatan, malah masakan Mediterranean juga mudah didapati di kampus. Dengan ini, pelajar asing akan berasa seolah-olah berada di tempat mereka sendiri. Bukan sehaja di pusat universiti, malah masakan Mediterranean turut dijual di kebanyakan kafeteria dan kedai runcit asrama. Mungkin ini merupakan salah satu kelebihan dan tarikan UIA pada kacamata pelajar asing!


KEAKTIFAN PERSATUAN-PERSATUAN SISWA ANTARABANGSA


Pernahkah kalian mendengar Al-Aqsa Friends’ Society? Persatuan yang diterajui oleh pelajar kelahiran negara Palestin adalah di antara persatuan yang sangat aktif di kampus. Selain itu, pelajar asing di sini turut mempunyai persatuan negara masing-masing. Saya sendiri pernah menyertai tazkirah pada bulan Ramadhan Karim anjuran Persatuan Negara Yaman. Bolehkah anda merasai pengalaman sebegini di IPTA yang lain?


KEWAJIPAN MAHASISWI MENUTUP AURAT

Harus diingat! Kewajipan menutup aurat bukan merupakan peraturan ditetapkan universiti tetapi lebih tepat lagi perintah ALLAH S.W.T. Perkara ini tidak sepatutnya dipertikaikan lagi. Mahasiswi wajib menutup aurat sepanjang menghadiri kuliah, program dan sebagainya di kampus. Mahasiswi bukan Islam pula digalakkan memakai skaf bagi menghormati status universiti Islam. Inilah yang membezakan UIA dengan IPTA yang lain.

Di samping itu, begitu banyak sekali program berunsur Islamik dianjurkan setiap semester di kampus. Tahukah anda? UIA ialah universiti tempatan yang terbanyak menganjurkan program setiap semester, dianggarkan sebanyak 300 program setahun. Dari ceramah agama, pesta, karnival, bazar hinggalah konsert termasuklah nasyid.

IFTAR JAMAIE SEPANJANG BULAN RAMADHAN KARIM

Lazimnya, sepanjang bulan puasa, pihak masjid ada menyediakan makanan PERCUMA untuk sahur dan iftar jamaie kepada semua mahasiswa. Qiamullail merupakan aktiviti tahunan masjid untuk mahasiswa Muslim yang berhajat meningkatkan lagi amal ibadat kepada Tuhan Maha Esa di bulan yang cukup mulia ini. Adakah situasi yang sama dapat disaksikan di IPTA lain?

UMMATIC WEEK: ‘DIVERSE CULTURES OF THE WORLD’

Bergambar dengan pelajar UIAM dari negara Turki

Berpeluang memakai pakaian tradisi perkahwinan Uzbekistan ketika mengunjungi booth mereka

Berkesempatan melawat booth negara China

Tarian mahasiswa-mahasiswa dari tanah Arab Saudi ini berjaya menarik tumpuan ramai

Bertenaga: Dua orang mahasiswa kelahiran Azerbaijan turut membuat persembahan untuk 'Cultural Night'



Kenangan manis bersama rakan dari negara Syria dari jurusan BHSc (Hons) (English Language & Literature)

Seronok ketika bertandang ke booth negara Eritrea

Dihimpit mahasiswa UIA dari negara Myanmar ketika di booth mereka

Dihimpit mahasiswi Arab dari negara Libya. 

Tinggal kenangan: Bersama blockmate dari negara Somalia

Tika berada di hadapan booth negara Arab Saudi

Memori indah semasa di booth negara Azerbaijan

'Pose' menarik bersama rakan-rakan dari negara Chad, Afrika

Sebahagian daripada barang dapur tradisional yang terdapat di booth negara Libya

Selain kustom tradisi, cenderamata berwajah Firaun juga dipamerkan di booth negara Egypt

Turut bertandang ke booth negara jiran, Thailand sambil memakai pakaian tradisi Thai. Sawadikap!

Bergambar dengan mahasiswa UIA dari negara Uzbekistan di booth mereka

Bersama seorang rakyat Uganda yang sedang menuntut di kampus UIAM Gombak

Bersama seorang mahasiswa UIA dari negara Sudan

Bersama rakyat Comoros yang juga merupakan mahasiswa di kampus UIAM Gombak

Mahasiswa UIA dari negara Guinea juga tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk turut mengambil bahagian dalam program tahunan terbesar ini

Gambaran keadaan sebenar gurun di negara Djibouti yang menjadi tatapan pengunjung di booth negara tersebut

Sebahagian daripada ribuan pelajar antarabangsa UIAM yang hadir menyaksikan persembahan malam kebudayaan yang cukup mencuit hati

Kostum menarik di booth negara Afghanistan

Ketika melawati booth negara Yaman

Sempat juga berkunjung ke booth negara Palestin

Memakai pakaian tradisi Iraq di booth negara Arab tersebut



Satu-satunya program tahunan terbesar yang tidak ada di IPTA yang lain dan hanya dapat dirasai di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ialah Ummatic Week. Biasanya, program ini diadakan di Main Hall, Cultural Activity Centre (C.A.C) di kampus induk Gombak. Aneka booth mewakili pelbagai negara dibuka bermula awal pagi hingga lewat malam. 

Bukan sahaja pelajar asing berpeluang mempamerkan budaya, pakaian tradisi dan kraftangan negara masing-masing, tetapi sesetengah mahasiswi asing juga sudi membuat kuih tradisi mereka sendiri sebagai hidangan istimewa buat tetamu yang bertandang ke booth mereka bagi merasai dan menikmati sendiri keenakan kuih traidisi mereka.

Cultural Activity Centre di mana program seribu budaya, Ummatic Week diadakan pada saban tahun

Menariknya, setiap negara yang mengambil bahagian juga turut tidak melepaskan peluang membuat persembahan ‘Cultural Night’ yang diadakan selepas Maghrib di atas pentas berprestij Main Hall setiap malam. Belum pun sampai 24 jam lamanya, anda sudah dapat ‘melancong’ ke beberapa buah negara seantero dunia. Pada tahun lepas, antara 44 negara yang mengambil bahagian termasuklah Thailand, Brunei Darussalam, Singapura, Arab Saudi, China, India, Bangladesh, Eritrea, Iran, Turki, Comoros, Uganda, Vietnam, Indonesia, Algeria, Myanmar, Palestin, Azerbaijan, Bosnia dan banyak lagi. Seronok gila beb! Tak caya kena datang sendiri la weh!

MAHER ZAIN IN CONCERT

IIUM Gombak = UIAM Gombak

Penyanyi Maher Zain ketika membuat persembahan di C.A.C, UIAM Gombak


Satu penghargaan besar buat UIAM kerana dalam 20 IPTA yang wujud di bumi Malaysia, UIA telah dipilih menganjurkan konsert mini penyanyi Sweden kesayangan ramai, Maher Zain pada malam tanggal 6 Oktober 2010. Konsert tersebut amat sukses dan berjaya menghimpunkan sekurang-kurangnya 3000 peminat termasuk pelajar asing dari UIA sendiri.

Pada malam bersejarah itu, mahasiswa dari IPTA lain turut dijemput untuk memeriahkan lagi konsert tersebut dan tidak dilupakan orang awam sekitar Lembah Kelang dan ibu kota. Penonton bagaikan diserang histeria sejurus melihat jasad Maher Zain secara langsung di atas pentas C.A.C sambil mendendangkan lagu hit beliau, Barakallah dan Insha-Allah. Nak tonton, carilah kat Youtube.


Okaylah. Malas nak cerita panjang lebar macam novel. Apa yang pasti, saya berasa lebih bermotivasi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di universiti ini. Boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian buat saya menggunakan bahasa antarabangsa tersebut ditambah pula dengan suasana kampus yang mendorong kuat mahasiswanya untuk lebih kerap berkomunikasi dalam bahasa kedua negara itu. Nama pun universiti antarabangsa kan….haruslah! 

Pendek kata, sekiranya anda berani memperkecilkan atau memandang rendah kepada UIAM hanya disebabkan statusnya bukan universiti penyelidikan, anda silap! Namanya cukup gah sekali di mata rakyat Malaysia. Malah, UIA juga ialah impian kebanyakkan lepasan SPM, STPM, STAM, diploma dan kolej matrikulasi bagi meneruskan hasrat mereka menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan berpendidikan tinggi. Percayalah!

12 comments:

  1. Sy sdg amik asasi kt PJ.Insyaallah sy akan ke sana tahun depan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best to you. Most significantly, never give up. ALLAH's always with us for help.

      Delete
  2. Jauh ke mahallah lelaki nak ke kuliah? ada sediakan bas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh pun. Ramai golongan mahasiswa memilih untuk berjalan kaki ke kuliah termasuklah mahasiswi. hal ini kerana waktu kuliah adalah berbeza-beza. Ada pagi, petang dan juga malam bergantung pada jadual fakulti. Sekiranya hari hujan, bolehlah menggunakan laluan terowong bawah tanah yang telah disediakan. Bas memang disediakan tetapi kebanyakan penumpangnya ialah mahasiswi. Kebanyakan lelaki lebih selesa berjalan kaki menghadiri kuliah. Jarak Kulliyyah of Economic dan Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws dengan Mahallah Uthman Affan cuma dalam lingkungan 5 minit sahaja berjalan kaki. Mahallah lelaki yang paling jauh ialah Mahallah Bilal Ibn Rabah, dalam 10 minit berjalan kaki. Tetapi kalau fakulti anda terletak sejauh Kuliiyyah of Architecture and Environmental Design, ia memakan masa untuk sampai ke kelas sekiranya anda menginap di Mahallah Bilal Ibn Rabah. Mungkin dalam 25 minit berjalan kaki melalui shortcuts, bergantung kepada momentum kaki anda melangkah. Pendek kata, kenderaan bukan keperluan untuk anda menjalani rutin harian sebagai mahasiswa.

      Delete
  3. Salam, Bang adakah pelung utk student STPM masuk ke UIA??? Lebih2 lagi yg x da bacis arab? Selalunya berapa pointer budak stpm yg dpt masuk sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Pelajar lepasan STPM boleh je mohon walaupun x ada asas dalam Bahasa Arab. Nanti akan belajar bahasa syurga tersebut ketika di kampus. Pointer? Biasanya 3.0 ke atas. Apapun, rezeki di tangan Allah. Dapat x dapat nombor 2. Yang penting kita dah mohon. Kemudian tawakal saja kepada Ilahi.

      Delete
  4. salam bang , nak tanya kalau lepasan stpm boleh mohon sana walaupun langsung tak tahu pasal bahasa arab and not quite well in english ?

    ReplyDelete